Nota Bab 5
Sistem Pentadbiran yang Sistematik
- Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik
- Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai
Sistem Pembesar Empat Lipatan
- Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan
- Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat
- Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari
- Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawah
- Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat
- Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah
- Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka
No comments:
Post a Comment