Friday, 18 May 2012

SUKATAN PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1

Sukatan sejarah tingkatan 1

BAB 1: SEJARAH DAN KITA

1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian Sejarah
1.2 Ciri-ciri Sejarah
1.3 Sumber Sejarah
1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah
1.5 Pentafsiran Sejarah
1.6 Kepentingan Sejarah


BAB 2: ZAMAN PRASEJARAH

1.0 Pengenalan
1.1 Zaman Paleolitik
1.2 Zaman Neolitik
1.3 Zaman Logam

BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

3.0 Pengenalan
3.1 Kerajaan Agraria
3.2 Kerajaan Maritim

BAB 4: PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

4.0 Pengenalan
4.1 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
4.2 Asal Usul Nama Melaka
4.3 Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka

BAB 5: KEGEMILANGAN MELAKA

5.0 Pengenalan
5.1 Pentadbiran yang Sistematik
5.2 Pusat Perdagangan
5.3 Kematangan Hubungan Luar
5.4 Pusat Pengembangan Agama Islam
5.5 Pusat Kegiatan Ilmu
5.6 Perluasan Kuasa

BAB 6: KEMEROSOTAN MELAKA

6.0 Pengenalan
6.1 Kelemahan Kepimpinan
6.2 Masalah Perpaduan
6.3 Kelemahan Askar Melaka
6.4 Kedatangan Portugis


BAB 7: JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


7.0 Pengenalan
7.1 Pengasasan Kerajaan Johor
7.2 Kegemilangan Kerajaan Johor
7.3 Kemerosotan Kerajaan Johor

BAB 8: KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU

8.0 Pengenalan
8.1 Kerajaan Melayu yang Tua
8.2 Kerajaan Melayu yang Baru

BAB 9: WARISAN KESULTANAN MELAYU

9.0 Pengenalan
9.1 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
9.2 Sistem Perundangan Kerajaan Melayu
9.3 Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu
9.4 Sosiobudaya

BAB 10: SARAWAK

10.0 Pengenalan
10.1 Latar Belakang Sejarah Sarawak
10.2 Masyarakat Sarawak
10.3 Kegiatan Sosiobudaya
10.4 Kegiatan Ekonomi

BAB 11: SABAH

11.0 Pengenalan
11.1 Latar Belakang Sejarah Sabah
11.2 Masyarakat Sabah
11.3 Kegiatan Sosiobudaya
11.4 Kegiatan Ekonomi

Sunday, 6 May 2012

Nota Bab 5

Sistem Pentadbiran yang Sistematik


  1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik
  2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai
    Sistem Pembesar Empat Lipatan
  3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan
  4. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat
  5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari
  6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawah
  7. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat
  8. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah
  9. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka

kerajaan-kerajaan melayu

BAB 4: PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

(1)   Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
a)    Kedatangan Parameswara
1.     Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2.     Majapahit kuasai  Palembang dan  Temasik.
3.     Raja Palembang & puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4.     Majapahit menyerang Palembang,
5.     Parameswara berundur ke Temasik.
6.     Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi
7.     Temasik  di bawah naungan Siam.
8.     Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah jadi  naungan Srivijaya.
9.     Parameswara  bunuh Temagi.
10.   Majukan Temasik bagi kembalikan kegemilangan Srivijaya
11.   Pembunuhan Temagi menyebabkan :
                     - Siam ingin menuntut bela,
                     - Majapahit ingin menakluki Temasik.
12.  Parameswara dan Orang Laut  berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.
13.  Dari Muar –  ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14.  Tiba di perkampungan nelayan.
15.  Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,, Orang Laut dan  Orang Asli.
16.  Tempat sesuai kerana berhampiran laut – laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17.  Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18.  Pokok bakau dan api-api menjadi benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19.  Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.

(2)   Asal-usul nama Melaka.

a)    Berasal daripada nama pokok.
1.     Parameswara berehat di bawah pokok Melaka – terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2.     Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3.     Tempat tersebut didirikan kerajaan
4.  Menamakan nama Melaka sempena nama pokok

b)    Berasal daripada istilah Arab.
1.     Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah” bermaksud “pertemuan”.
2.     Melaka disebut “Malakat” bermaksud “perhimpunan segala dagang”.

c)     Berasal daripada bahasa Sanskrit.
1.     Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali  “Amalaka”.
2.     Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3.     Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4.     Buah pokok – dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

(3)   Kegigihan Parameswara 

a)    Sistem pemerintahan yang teratur.
1.     Pembesar bertangungjawab hal ehwal balairung seri.
2.     40 orang bentara – jalankan perintah raja.
3.     Biduanda kecil – bawa alat-alat kebesaran diraja.
4.     Biduanda dikenali sebagai  budak kundang, budak raja, juak-juak,  hamba dan  orang suruhan raja.

b)    Kemudahan pelabuhan.
1.     Kemudahan  di pelabuhan –  baiki kapal,bekalan air
2.     Sediakan tempat penginapan

c)     Hubungan diplomatik
1.     Hubungan dgn Siam- elakkan Melaka dari diserang
2.     Hubungan diplomatik dengan Siam -  pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3.     Hubungan dgn China terjalin apabila Laksamana Yin Ching.datang
4.     Laksamana Cheng Ho melawat Melaka
5.     Parameswara memohon perlindungan China.
6.    Melaka menjadi negeri naungan China
7.    Melaka hantar ufti.
8.     Kerajaan China mengurniakan  payung kuning,    cap mohor dan  sepersalinan pakaian
9.     Melaka hantar utusan ke negeri China.
10.  Hubungan Melaka dan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani menyerang Melaka.
11.  Hubungan Melaka-China bangunkan perdagangan

d)    Bantuan / Peranan orang laut
1.     jaga keselamatan perairan Melaka.
2.     mempunyai ciri pahlawan
3.     mahir bidang kelautan dan selok-belok Selat Melaka
4.     taat dan setia kepada sultan dan kerajaan Melaka.
5.     bantu bawa barang dagang ke kapal pedagang .
6.     bekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan
7.     Menurut Tome Pires & de Barros pusat petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik dan Lingga.

e)     Ikatan konsep daulat.
1.     Parameswara dibantu oleh rakyatnya :
        i.   Orang Melayu
        ii.  Orang Laut
        iii. Orang Asli.
2.     Orang Asli bekalkan hasil hutan .
3.     Orang Laut bekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
4.     Orang Melayu menjadi ketua-ketua masyarakat
5.     Orang Melayu dilantik sebagai pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.

(4) Rumusan

  1. Parameswara  bijak mengatur strategi.
  2. Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara sewajarnya dicontohi.
  3. Keyakinan dan kegigihan Parameswara telah membangunkan Melaka.


BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA.



ü 
         KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
 
  
          (1)   Kerajaan agraria
                  .     Berasaskan pertanian.
                  .     Terletak di  tanah subur,  lembangan sungai dan kawasan  pedalaman.
                  .     Berburu,
                  .     Kutip hasil hutan
                  .     Tangkap ikan.
                  .     Menanam  ubi taro, padi huma dan  padi sawah
                  .    Ternak binatang.
                  .     Bina empangan,
                  .    Bina  terusan dan saliran
                  .    Pemerintah – bina dan uruskan sistem pengairan

  
          (b)    Kerajaan Angkor
                 .     Pusat kerajaan  di hilir Sungai Mekong.
                 .     Pertanian  di sekitar tasik Tonle Sap.
                 .     Bina baray (kolam air besar) untuk kegiatan pertanian.
                  .    Raja dianggap Devaraja
                  .    wakil dewa untuk memimpin manusi berkuasa mutlak.
                  .    Raja dibantu oleh kerabatnya
                  .    Kegemilangan  semasa  Suryavarman II.
                 .     Agama  utama -  Hindu-Buddha.
                 .     Bukti kewujudan Hindu-Buddha ialah Angkor Wat.

            (c)     Kerajaan Funan
  •               Kerajaan terawal di Asia Tenggara
  •               Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura
  •               Empangan, saliran, takungan air mengairi pertanian
  •               Bekalan air dari Sungai Mekong dan persisiran pantai
  •               Pelabuhan utama- Oc -Eo
  •               Jalan perhubungan utama- Sungai Mekong
            (2)   Kerajaan Maritim
                    .     Terletak di persisiran pantai.
                    .     Pusat pentadbiran  di kawasan muara sungai.
                    .     Kegiatan berkaitan laut – perdagangan, perikanan.
                    .     Laut menjadi laluan perdagangan utama.
                    .     Pelabuhan di kuala sungai sebg pusat perdagangan.
                    .     Pelabuhan lengkap dgn bekalan air, tempat tinggal,
                    .     Menjadi orang tengah
                    .     Barangan  dikumpulkan -. hasil hutan,  rempah ratus,
                    .     Bina kapal,
                     .     Kuasai ilmu pelayaran. Belayar ke Afrika Timur.

                    b)    Kerajaan Champa
                    .     Diasaskan oleh Chu-Lien.
                    .     Raja Champa dipengaruhi agama Hindu.
                    .     Terdapat pegawai pemungut cukai.
                    .     Pelabuhan utama ialah Inderapura.
                    .     Ditadbir oleh 14 dinasti.
                    .     Kurun ke-13, dipengaruhi oleh China. Pengaruh China lenyap pada kurun ke-15.
                    .     Tahun 400M, kerajaan diterajui oleh Bhadravarnom.
                    .     Nama Champa  wujud pada tahun 655 Masihi.

                    c)   Kerajaan Chih Tu
                    .     Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah.
                    .     Diasaskan oleh Raja Gautama
                    .     Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak.
                    .     Raja dibantu  3 orang menteri
                    .     Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya
                    .    Menerima pengaruh Hindu.

                   d)    Kerajaan Srivijaya
                   .     Pusat pemerintahan di Palembang,
                   .     Raja berkuasa mutlak.
                   .     Menurut catatan Arab, raja dianggap Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
                   .     Menteri – perantaraan antara raja dan rakyat.
                   .     Catatan batu bersurat di Telaga Batu
                   .     pentadbiran diraja,
                   .     pentadbiran  ketenteraan dan pentadbiran daerah.
                   .     Kuasai Selat Melaka, Selat Sunda & Laut Jawa
                   .     Pelabuhan penting – Palembang.
                   .    Pelabuhan pusat pertukaran barangan
                   .     Damar, cendana, .kapur barus, kemenyan, lada hitam.

                   e)     Kerajaan Kedah Tua
                     .     Kerajaan awal di Sem. Tanah Melayu
                     .     Dikenali sebagai Kataha.
                     .     Menurut I-Ching, Kedah Tua disebut  Cheh-Cha.
                     .     Pelabuhan peringkat awal di Sg Mas  –  berpindah ke Lembah Bujang.
                     .     Dipengaruhi Buddha – kemudiannya agama Hindu.
                     .     Bukti pengaruh Hindu-Buddha – peninggalan candi di Lembah Bujang (candi di Bukit Batu
                           Pahat).
                     .     Menjadi pusat barangan dagang tempatan spt  beras,
                     .     Menjadi pengeluar padi
                     .     Bukti kegemilangan sebagai pelabuhan entreport
                     .     penemuan wang perak pmhan Sultan al-Mutawakil
                    .      manik dari India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

            f)     Kerajaan Majapahit
                 1.     Diasaskan oleh Raden Wijaya
                 2.    Menerima pengaruh Hindu-Buddha.
                 3.     Pentadbiran berasaskan Undang  Manu.
                 4.     Raja dibantu   Perdana Menteri dan 4 orang menteri.
                 5.     amalkan konsep Devaraja.
                 6.     Kegemilangan ketika pemerintahan Hayam Wuruk
                 7.    Dibantu  Perdana Menterinya (Patih Gajah Mada).
                 8.     Dikunjungi pedagang luar
                 9.     Pelabuhan utama-Kataha (Kedah Tua) &  Temasik.

          Rumusan
          1. Pentadbiran teratur bolehkan kemudahan di pelabuhan.
          2.   Kecekapan pemimpin mentadbir kerajan
          3.   Pemerintahan tersusun wujudkan suasana aman
          4.   Sokongan  rakyat membantu kemajuan
          5.  Berbangga dgn kebolehan mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia
          6.  Keamanan, bermasyarakat, kesetiaan, bersatu padu, dan harmoni – penting dlm pemerintahan